Thursday, 8 December 2011

Kemalangan Mewah Di Jepun..

Arini...aku nk share sket citer psl berita smlm. Pada aku berita ni agak menarik sbb jarang2 sgt nk dgr. Klau nk tau lbh lanjut, bace je berita lanjut yg aku dh google, copy & paste kt sini;
 ....pic by mr google...

TOKYO – Lapan buah kereta sport Ferrari, sebuah Lamborghini dan dua buah kereta Mercedes berlanggar di sebuah lebuh raya di Shimonoseki, tenggara Jepun kelmarin.

Menurut agensi berita AP, polis menyatakan perlanggaran itu disebabkan salah seorang pemandu sebuah Ferrari itu cuba untuk mengubah haluan sebelum kereta tersebut merempuh penghadang jalan.

Kereta Ferrari itu kemudian berpusing di lebuh raya tersebut. Beberapa buah kerata lain berlanggar kerana cuba mengelak Ferrari tersebut.

Tiada seorang yang cedera serius dalam nahas itu tetapi polis di wilayah Yamaguchi menyatakan 10 orang dirawat kerana mengalami luka.

Menurut polis, 14 buah kereta terlibat dalam nahas itu. Agensi berita AFP melaporkan bahawa kos perlanggaran itu melibatkan 300 juta yen (RM12.07 juta). Harga kereta baharu Ferrari ialah lebih 20 juta yen (RM804,794.00) manakala Lamborghini berharga sehingga 30 juta yen (RM1.20 juta).
 
sentiasa belajar bersyukur dengan apa yang ada....(peringatan untuk diriku)

No comments:

Post a Comment