Thursday, 5 July 2012

Lamanye tak update...

Salam semua...

lama betul tak update sini. sampai rase tepu je nk berbicara kat keyboard ni. sebenarnye arini takde ape pun yg nak di update. cumenye arini rase bersyukur sangat sebab Allah masih panjangkan umurku. Allah masih memberi kudrat yg baik kepadaku. Allah masih kurniakan rezeki untuk aku bersama-sama dgn famili yang amat kusayangi. Moga Allah akan tetap kurniakan semua ini kepada ku di tahun-tahun akan datang...amin.

Aku dah genap 31 tahun hidup dimuka bumi ni! Alhamdulillah......syukur pada Allah Yang Maha Esa.

Mungkin ada antara kita yg suke bagi respon sedih bila genap tambah umur setiap tahun. sbb makin tua. takpe, inikan lumrah hidup. aku?? aku sebaliknya. Aku rasa bersyukur yang amat, Allah masih panjangkan umurku. Allah masih mengurniakan rezeki bernafas, jasadku masih bernyawa....syukur padaMu Ya Allah Yang Maha Pengasih.

Terima kasih pada mak yang bersusah payah menahan kesakitan melahirkan ku. Ati sayaaaaannnngggggg mak! Mak selamat lahirkan aku 31 tahun yg lalu (05.07.81) jam 7.05 pagi. Rasanye bulan ramadhan, 10 ramadhan tak silap. kesian mak, kene ganti puasa banyak....kuat mak. Mak memang kuat, aku selalu kagum dengan mak. walaupun mak dah tua, tp kekuatan fizikalnyanya lebih drpada aku. mungkin semuanya datang dari pengalaman hidup mak yg jauh lebih banyak dpd aku.

Dalam umur 31 tahun ni, aku dh dikurniakan 2 cahaya mata yg comel & amat aku rindui selalu (walaupun didepan mata). aku sentiasa rindu dengan keletah mereka yg selalu mencuit hati & buat aku tersenyum. kakak Dalili Damia & adik Ammar Afiq....mama sgt sygkan kamu! tak dpt mama ungkap dgn kata2 betapa sayangnya mama pd kamu berdua. Doa mama, "semoga Allah pinjamkan kamu berdua lama kepada mama & papa". mama sedar, kamu berdua hanyalah pinjaman dari Allah kpd mama & papa sebagai penyeri hidup kami. kamu berdua hanyalah amanat Allah kepada mama & papa. semoga mama dpt membesarkan kamu berdua sesempurna yang mampu, agar kamu dpt membesar menjadi hamba Allah yang sempurna...amin.

Setiap tahun & setiap kali genap umur ni bertambah....aku selalu berniat utk menjadi yg lebih baik dr tahun2 yg sebelumnya. Nak jd anak yg lebih baik, nak jadi isteri yang lebih baik, nak jd mama yg lebih baik. biasenye sehari sebelum hari bersejarah ni, percentage niat aku ni 200%, tp bile hari demi hari berlalu.....percentage tu sikit2 terluak, smpaila jd tak sampai 100%. Apepun, niat aku ni baik, moga Allah permudahkan niat baik ni untuk jd kenyataan...amin.

Ya Allah, pada hari yang penuh bersejarah (buat aku) ni...Kau panjangkalah umurku dalam kesihatan yang baik, Kau murahkanlah rezekiku sentiasa dalam pelbagai bentuk & cara pemberianMU yang tidak pernah mampu diduga olehku, Kau kurniakanlah kebahagiaan hidup kepadaku didunia & diakhirat. Kau kasihilah ibuku yang telah melahirkanku lebih daripada ibuku mengasihiku semasa kecilku. Semoga hari2 ku & ibuku sentiasa dilimpahi rahmatMu Ya Allah Tuhan Yang Maha Pengasih dari segala yang mengasihani....amin amin Ya Rabbal Alaamin.

Kepada suamiku yang dicintai selalu, terima kasih.....sentiasa menjadi teman hidupku, menemaniku saat susah & senang, saat sedih & gembira, menjadi pelindungku penasihatku & pemberi semangatku dikala aku memerlukannya....hampir 5 tahun kite hidup sesama. ILOVEYOU! kata yang lebih baik dari I LOVE YOU, kerana tiada ruang kosong antara rasa cinta mama pada papa! =)


..............hati tertanya, kenapa arini mode aku mcm ni...? hehe.. sesekali ape salahnye kan? =)

No comments:

Post a Comment